In the name of Allah, the most gracious and most merciful.
Assalamu'alaikum wbt. salam sejahtera. Good day to everyone.. tgh2 dok study, tetiba teringat seorang hamba Allah ni. dia ni kerja kutip sampah. hari2 kecuali hari jumaat sbb kedah mmg cuti jumaat. kiranya dlm seminggu tu, 6 hari dia akan datang kutip sampah. fira tak tau siapa nama dia. tapi fira dgn mak bahasakan dia dengan panggilan "mat rock". sebab?? kami pun xtau nama dia. tapi kalau depan2 dia kami tak panggil la dengan nama "mat rock" tu.. hehe..
mat rock ni muda lg dlm 30-an mcm tu kot. area taman fira ada 2-3 org yg akan datang kutip sampah tp mat rock ni sgt dedikasi. ada perbezaan hasil kerja diorang ni. mat rock memnag kutip sampah tak tinggal sedikit pun. yg jatuh pun dia akan kutip. tak mcm dgn yg 2 org lagi tu. kadang2 mak membebel la jugak sbb dlm tong sampah tu still ada lg sampah.
fira pun xtau kehidupan mat rock ni mcm mana. rasanya kehidupan dia hanya cukup2 makan. dia dah kawen, ada anak 2 org. mak pernah tanya kat dia time dia mai kutip sampah. tapi mat rock ni sengau. bukan sikit2, tapi memang dia sengau. fira x cakap sgt dgn dia sbb susah nk faham, bukan sbb sombong ke apa. dia pernah tny fira "kotak ni nak lagi dak? kalau x mau dia nak ambik" . dia tanya yang tu saja, tapi disebabkan fira ni x faham dia cakap apa.. dia kena ulang 5-6 kali. kesian la pulak. last2 fira pegi panggil mak. kiranya sampai muka dia pun berubah malu la sebabnya fira x faham. time tu mmg fira kesian kat dia. bukannya nak hina dia sebab sengau. bukan.. bukan macam tu. fira x dpt nak pick up dia cakap apa. <maafkan saya mat rock>.
satu hari, mak nak clearkan barang2 mainan adik yg dah rosak. settle semua, fira pergi letak belakang rumah mlm tu. esokkan mat rock nak mai kutip sampah. mat rock ni akan datang around 8.30 pg mcm tu. time dia mai pagi tu, fira takdak pergi kuliah. tinggal mak sorang2. mak tengah basuh pinggan time mat rock mai kutip sampah. bila dia tuang tong sampah ke dalam bekas sampah yg lebih besar, palstik mainan terbuka, mainan pun jatuh selerak. mak fira la yg cerita. mat rock tgk ada certain alat mainan yg still in good condition. so dia ambik simpan. dia letak dlm raga motor. nak bg kat anak dia la kot. xkan mat rock nak main pulak. ye dak?.. mak fira rasa kesian tgk moment tu. fira yg dgr pun rasa kesian.
pakaian adik2 fira yg mana masih elok mak akan sedekahkan dekat mat rock ni. anak dia pun kecik2 lagi. berapa tahun x ingt pulak. kesian tgk mat rock ni. kdg2 fira fikir, kerja mat rock lagi mulia dari org yg kerja kat pejabat duk dlm bilik air cond. memang kerja tu satu ibadat. tapi kalau jadi bos pun tiap2 hari duk maki hamun pekerja, nak buat apa. sampai pekerja rasa fedup nak p office. bos yg baik ke?? try tgk dari segi keberkatan rezeki. buat apa gaji tinggi kalau org benci. muka segak pun kalau org meluat tak guna jugak sebab perangai mcm firaun.
mat rock rupa dia kebanyakkan saja. berkulit gelap. bertambah gelap bila kerja mcm tu pulak. tapi bila org berbudi dengan kita, rupa paras tu dah tak penting. kadang2 fira kesian tgk mat rock kena tengking dgn jiran2 fira. tak boleh ke cakap baik2? bukan nya besar pun kesalahan dia. salah jiran fira jugak. dia yg parking kereta depan tong sampah. mana la mat rock nak nampak. ayat2 dia xpayah la nak dicerita. mmg horrible. time tu baru kita akan tau perangai jiran2 kita mcm mana. ada yg jenis tgk harta, level dlm masyarakat. selama ni baik je fira tengok, tapi x sangka dengan org yg kutip sampah dia jadi angkuh. sebab?? mat rock hanya pengutip sampah? subhanallah... Allah tak tengok semua tu. Allah hanya minta kita cari rezeki yang berkat. harta kekayaan x menjamin tiket ke syurga.
reaksi mat rock? dia langsung tak melawan. just tundukkan kepala dan cakap "oh maaf, saya x nampak" dengan loghat sengau.sedih fira tengok time tu. ni baru taman fira. x tau la ada berapa org lagi yg perangai mcm tu kat taman2 lain. mat rock x dak perasaan ke?? tepuk dada tanya sendiri. just imagine kita kat tempat dia. manusia.. manusia..
fira bersyukur sebab Allah utuskan dia dalam kalangan silaturrahim kami. dari situ, kami sekeluarga dapat belajar satu lagi cara2 beradab sesama manusia. mak selalu pesan kat adik2 jgn sombong dengan org. even dia susah mana pun, tak payah nak sombong. contoh yg mak selalu bagi mat rock lah. alhamdulillah adik2 pun selalu senyum kat dia. senyum lah, senyum tu senang. x susah mana pun. org tau kita x sombong bila kita senyum. in shaa Allah...
pernah 1 hari fira rasa nak sedekah nasi lemak kat mat rock ni. so pagi tu around 8.30 pg dia mai nak kutip sampah. fira pun keluar nak bagi nasik lemak. boleh la mkn time rehat. dia terima dengan senyuman. yg fira rasa sebak bila masa dia ucapkan ayat ni "Allah saja yg dapat balas budi baik adik sekeluarga" . huhu mmg sebak dgr dia ckp mcm tu. Allah memang perancang yang Maha Hebat. dalam minggu tu, byk rezeki yg Allah turunkan. 1) fira dpt tawaran sambung belajar lagi. 2) abah naik pangkat. 3) adik dpt result cemerlang. 4) doktor kurangkan pengambilan ubat-ubatan mak. alhamdulillah kesihatan mak semakin baik. berkat bersedekah nasik lemak berlauk rm4.00 saja. tapi balasan Allah, masya-Allah. sangat tak ternilai.
jangan pandang serong dengan org yg bawah dari kita. dlm rezeki kita, terdapat sebahagian rezeki yang perlu disedekahkan pada mereka yg meminta dan tidak meminta. janji Allah pada mereka yang bersedekah memang lumayan. memang xdpt nak dilihat dgn mata kasar. tapi hati boleh rasa kelapangan dada dlm menjalani kehidupan sbg hamba Allah.
wallahu'alam
p/s: maybe suatu hari nnt fira akan tanya nama dia yg betul.
No comments:
Post a Comment