Followers

Thursday, 19 September 2013

Home made Ice-cream

In the name of Allah, the most gracious and most merciful.

Assalamu'alaikum wbt. Salam sejahtera

last week teringin nak try buat ais krim. rasa teruja bila tgk ada org buat ais krim sendiri. so, fira pun startlah google resepi ni. byk blogger yg post. semuanya kreatif2 belaka. hehe. memang ralit tgk. lain org lain resepi dia. dan lain org lain pulak taste dia. after tambah tolak bahagi darab so, fira come out dgn resepi sendiri. yg penting jgn manis. mak fira x suka. resepi ni mmg simple dan relax. relax utk siapa2 yg ada stand mixer. 

first time buat. mmg x tau nak agak mcm mna. byk yg fira baca dari blog2 kena mix sampai adunan tu kembang 2-3 kali ganda. dalam kepala otak "eh, byk mana? bekas besar mana?" so, fira pun main hentam ambik bekas. second time buat baru tau. experience mmg berharga.
___________________________________________________________________________________

bahan-bahan:
1 tin susu pekat manis (kecil)
1 tin susu cair / susu kotak (full cream/low fat/fresh milk)
1 tin air masak (sukatan tin susu cair)
2 sudu besar ovalette

perisa:
vanilla -esen vanilla / serbuk vanilla
coklat - chocolate emulco
oreo - biskut oreo (buang inti, biskut hitam sahaja)
 __________________________________________________________________________________ 

cara dia mmg mudah. semua bahan2 tu letak dlm mixer then terus mix.  tapi susu pekat manis fira x tuang semua. just 3/4 daripada isipadu tin. sekali lagi, mak x suka kami makan manis2. abah lagi la x suka. stop mixer. rasa sikit adunan tu. takat mana tahap kemanisan tu. kalau kurang, tambah lagi susu pekat manis. tapi 3/4 tu dah ok. org kata "just nice". let say lah kalau manis, tambah air masak setengah tin (tin susu cair)

then, terus mix. kelajuan maksimum utk yg guna mixer biasa tu. tp utk stand mixer kelajuan 3 atau 4 dah ok. kalau 6 tu, laju sgt. <sbb laju sgt, so fira rasa takut. haha> tapi depends pada individu masing. mix smpi kembang kiranya smpi nak penuh mangkuk mixer tu. 

ni baru half drpd mangkuk tu, teruskan mix smpi nak penuh mangkuk tu. adunan akan jadi pekat. lama la jugak. dlm 30 minit mcm tu. nak sembahyang, mndi ke apa semua sempat. kalau siapa yg xdak stand mixer, guna mixer pun takpa. tapi make sure duduk la. lenguh kalau berdiri sambil mix adunan ni.

1 adunan ni boleh dapat 2 bekas aiskrim dlm bekas kuning tu. walls kot jenama dia. x ingt.

 vanilla orea dan coklat



bila dah siap proses "mix" tu. time ni lah kita baru masukkan perisa yg kita nak. ikut masing2 nak perisa apa. fira just buat 2 perisa sja. vanilla dgn coklat. yg vanilla just tuang esen vanilla (2 sudu kecil) . then, remuk-remukkan biskut oreo, letak dlm adunan vanilla tu. coklat emulco 2-3 sudu besar. kalau nak rasa coklat yg pekat tambah lagi. terpulang.. lepas tu, fira tabur coklat rice. simpan dlm freezer 12 jam.

vanilla oreo mmg sedap. coklat biasa2 saja. kalau nak adjust perisa lain pun takpa, mocha, durian, strawberri or apa saja. pergi beli emulco perisa masing2. mocha emulco, strawberri emulco etc. harga sebotol kat tempat fira rm3.50 saja. emulco ada di kedai bahan2 kek. pasaraya susah nak jumpa. kat kedai bahan2 kek, biskut mmg confirm ada. ovalette kedai runcit biasa pun ada. harga rm1.50. ovalette ni nak bagi adunan kental (pekat) dan bila dah jadi ais krim, tekstur tu agak gebu. bukan mcm ais kacang. tekstur ais kacang keras. keseluruhan kos below rm10.

utk yg tak mau guna susu cair, tapi nak guna susu kotak. guna isipadu 1 tin susu cair. berapa mL tak ingt. rasanya 375 mL kot. x pasti.

sharing is caring. sekian.

 

No comments:

Post a Comment