Followers

Saturday, 21 September 2013

Non-baked strawberry cheese cake

In the name of Allah, the most gracious and most merciful.

Assalamu'alaikum wbt. Salam sejahtera :)

jumaat malam sabtu. yeah! fira mmg suka sbb malam minggu. study2 time ni mmg x pikir dah. haha. tiba2 around pkl 11 mlm pop out dlm mind nak buat cheese cake. tapi yg non-baked. sesuailah sbb esoknya besday my little adik manja. semua benda dah ada kt rmh. tu yg lg excited. semua benda mak beli utk stock grocery kat rmh. so, fira pun serbu dapur cari bahan2 nak buat.

cheese cake ada 3 part:
1) crust. 
2) filling/cake. 
3) topping.  
___________________________________________________________________________________
crust cheese cake kena buat dgn baik sbb crust ni akan menampung cheese cake yg mana adunan dia teramat sgt lah gebu. tekstur cheese cake x sama dgn kek2 lain. semua sedia maklum kan. 

bahan-bahan crust :
  • biskut marie / digestive biskut / oreo
  • butter / marjerin (butter pada suhu bilik)
  • esen vanilla / horlick (utk naikkan bau wangi) 
 hancurkan biskut marie. blend/tumbuk ikut suka. asalkan hancur. then, mix dgn 1/2 butter.


 biskut marie yg fira guna adalah byk ni saja. yg raw kosong tu. bukan sebaris tu.  2 raws mmg elok2 dgn 1/2 butter. just nice. gaulkan smpi sekata. after dah sekata, baru letak pewangi either esen vanilla or horlick. fira letak horlick. <tapi dlm gambar tunjuk esen vanilla> at first, ingatkan horlick dah habis. try kepal2 adunan. kalau boleh kepal means that, dah sekata.

untuk cheese cake, normally kita kena guna springfoam pan. sebab cheese cake sgt lembut. pan ni boleh dipisahkan. ni saiz 24cm. beli kat tesco. harga rm18.90. bekas kek yg biasa x sesuai utk buat cheese cake. kalau kita tgk mana2 show baking, utk cheese cake mmg chef2 akan guna springfoam pan. contohnya Anna Olson.


gambar drpd internet

tuang biskut marie tadi dlm pan. dan tekan2 smpi jadi mcm ni. ni lah "crust" cheese cake. then letak dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 30 minit utk keraskan.


next kita further dgn cheesecake. :)
__________________________________________________________________________________

bahan-bahan:
  • 200g cheese cream
  • 1/4 susu pekat manis (tin besar)
  • 2 sudu besar yogurt asli
  • sebungkus gelatin (jenama halagel)


boleh dikatakan semua resepi2 cheese cake akan guna 250g cheese cream. tapi fira adjust untuk kurangkan kalori cheese cake ni.  cream cheese yg fira guna ni mmg elok2 200g. (14000cal). byk gila kalori dia. gulp!! kat tempat fira x dak jual non-fat cream cheese.

fira adjust dgn tambah 2 sudu besar yogurt asli. yogurt asli just 57cal. susu pekat manis 1/4 drpd tin besar. jgn manis sgt sebab cheese cake kena masam sikit. baru sedap..

campur semua ke dalam mixer kecuali gelatin. mix sampai sebati dan kembang.



sambil2 tu bancuh gelatin. bancuh dgn air panas. dlm 5-6 sudu besar air panas. bukan air didih. kacau smpi gelatin larut. berbau sikit gelatin ni. then, tuang ke dlm adunan. dan teruskan mix smpi semua bahan2 sebati. 


yg kuning tu ialah gelatin. time ni nak rasa pun boleh adunan tu. kalau sapa2 rasa kurang manis, tambahlah susu pekat manis lagi. ikut taste masing2.

proses ni pun makan masa dlm 20-30 minit. time ni crust dlm peti sejuk dah pun keras. boleh la keluarkan. tuang adunan ke dlm springform pan. dan ratakan. 


untuk topping, just letak fresh strawberri. asalnya nak buat strawberri syrup. tp tgk jam almost pkl 1.30 pg dah. huhu.. malas.


fira simpan dlm peti sejuk semalaman. esok pg after breakfast terus potong cheese cake. hehe :) . keluarkan drpd springform tu. ini rupa dia. bawah cheese cake tu ada pan. kek ni nipis. reason sbb x kembang sgt time mix tu. sbb mix tu bunyi agak kuat, thats why fira mix sekejap je. bising2 tgh mlm org nk tidur. :D . tapi rasa masih sedap.
 


___________________________________________________________________________________


kalau nak buat topping senang ja. tapi fira x buat sbb dah tgh mlm, rasa malas la pulak.

bahan-bahan strawberry syrup:

  • 2 cawan quatered strawberri (sebiji strawberri belah 4)
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar perahan lemon (pewangi - optional)

campur air dgn gula dlm kuali. lebih senang guna pan yg x melekat. kacau dgn api yg perlahan smpi gula larut. then masukkan strawberri. kacau biar sekata. renehkan smpi strawberri nampak agak layu. kalau nak biar lembik pun takpa. after that, masukkan perahan lemon. syrup kena bagi masam utk hilangkan muak cheese cake tu. 

sharing is caring. normally sepotong cheese cake mempunyai 400cal (standard data base)


Thursday, 19 September 2013

Home made Ice-cream

In the name of Allah, the most gracious and most merciful.

Assalamu'alaikum wbt. Salam sejahtera

last week teringin nak try buat ais krim. rasa teruja bila tgk ada org buat ais krim sendiri. so, fira pun startlah google resepi ni. byk blogger yg post. semuanya kreatif2 belaka. hehe. memang ralit tgk. lain org lain resepi dia. dan lain org lain pulak taste dia. after tambah tolak bahagi darab so, fira come out dgn resepi sendiri. yg penting jgn manis. mak fira x suka. resepi ni mmg simple dan relax. relax utk siapa2 yg ada stand mixer. 

first time buat. mmg x tau nak agak mcm mna. byk yg fira baca dari blog2 kena mix sampai adunan tu kembang 2-3 kali ganda. dalam kepala otak "eh, byk mana? bekas besar mana?" so, fira pun main hentam ambik bekas. second time buat baru tau. experience mmg berharga.
___________________________________________________________________________________

bahan-bahan:
1 tin susu pekat manis (kecil)
1 tin susu cair / susu kotak (full cream/low fat/fresh milk)
1 tin air masak (sukatan tin susu cair)
2 sudu besar ovalette

perisa:
vanilla -esen vanilla / serbuk vanilla
coklat - chocolate emulco
oreo - biskut oreo (buang inti, biskut hitam sahaja)
 __________________________________________________________________________________ 

cara dia mmg mudah. semua bahan2 tu letak dlm mixer then terus mix.  tapi susu pekat manis fira x tuang semua. just 3/4 daripada isipadu tin. sekali lagi, mak x suka kami makan manis2. abah lagi la x suka. stop mixer. rasa sikit adunan tu. takat mana tahap kemanisan tu. kalau kurang, tambah lagi susu pekat manis. tapi 3/4 tu dah ok. org kata "just nice". let say lah kalau manis, tambah air masak setengah tin (tin susu cair)

then, terus mix. kelajuan maksimum utk yg guna mixer biasa tu. tp utk stand mixer kelajuan 3 atau 4 dah ok. kalau 6 tu, laju sgt. <sbb laju sgt, so fira rasa takut. haha> tapi depends pada individu masing. mix smpi kembang kiranya smpi nak penuh mangkuk mixer tu. 

ni baru half drpd mangkuk tu, teruskan mix smpi nak penuh mangkuk tu. adunan akan jadi pekat. lama la jugak. dlm 30 minit mcm tu. nak sembahyang, mndi ke apa semua sempat. kalau siapa yg xdak stand mixer, guna mixer pun takpa. tapi make sure duduk la. lenguh kalau berdiri sambil mix adunan ni.

1 adunan ni boleh dapat 2 bekas aiskrim dlm bekas kuning tu. walls kot jenama dia. x ingt.

 vanilla orea dan coklat



bila dah siap proses "mix" tu. time ni lah kita baru masukkan perisa yg kita nak. ikut masing2 nak perisa apa. fira just buat 2 perisa sja. vanilla dgn coklat. yg vanilla just tuang esen vanilla (2 sudu kecil) . then, remuk-remukkan biskut oreo, letak dlm adunan vanilla tu. coklat emulco 2-3 sudu besar. kalau nak rasa coklat yg pekat tambah lagi. terpulang.. lepas tu, fira tabur coklat rice. simpan dlm freezer 12 jam.

vanilla oreo mmg sedap. coklat biasa2 saja. kalau nak adjust perisa lain pun takpa, mocha, durian, strawberri or apa saja. pergi beli emulco perisa masing2. mocha emulco, strawberri emulco etc. harga sebotol kat tempat fira rm3.50 saja. emulco ada di kedai bahan2 kek. pasaraya susah nak jumpa. kat kedai bahan2 kek, biskut mmg confirm ada. ovalette kedai runcit biasa pun ada. harga rm1.50. ovalette ni nak bagi adunan kental (pekat) dan bila dah jadi ais krim, tekstur tu agak gebu. bukan mcm ais kacang. tekstur ais kacang keras. keseluruhan kos below rm10.

utk yg tak mau guna susu cair, tapi nak guna susu kotak. guna isipadu 1 tin susu cair. berapa mL tak ingt. rasanya 375 mL kot. x pasti.

sharing is caring. sekian.

 

Rezeki yang Berkat

In the name of Allah, the most gracious and most merciful. 

Assalamu'alaikum wbt. Salam sejahtera. 

hari ni fira ada meeting dgn supervisor. bukan supervisor kilang ye. fira tak kerja lagi. still belajar. meeting dgn supervisor research. nama dia Dr. Faizal. selama fira jadi student banyak benda yg fira belajar daripada dia. hal2 pelajaran of course lah. pasal kehidupan pun banyak yang dia ajar, nasihat dan tegur. kiranya dia bukan sahaja seorang tenaga pengajar malah dia jugak seorang pembimbing kami semua. semua?? sebab ada 3 org student yang sambung belajar dibawah penyeliaan Dr. Faizal. 

Dr. Faizal ni memang humble.semua yg kenal dia akan ckp benda yg sama. dia sentiasa rendah diri. org lain further PhD 4-5 tahun. tapi Dr. Faizal dlm 3 tahun dh achieve target and graduated from Japan. he really work hard on his study. he is married and blessed with 4 kids. every 1-2 weeks kami akan ada meeting dgn dia utk discuss pasai research. he really closed to us. not that "close" but close as a lecturer. dia tak nak misses apa2 tentang pelajaran/ projek kami. alhamdulillah dapt dia sebagai supervisor. sgt menolong, ambil tahu kebajikan student and etc..

nak dicerita pasai rezeki yang berkat ni. setiap perjumpaan kami, at the end akan ada usrah daripada dia. kalau tak pun, dia akan selitkan time tgh duk discuss tu. dia banyak nasihat kami tentang hal2 dunia. kami dpt elaun tiap2 bulan. duit tu ambil drpd geran. geran tu support drpd kerajaan. kerajaan ambil duit tu drpd mana? byk sumber.. salah satu duit cukai yg rakyat bayar. so, kita sebagai rakyat ni, tak payah lah nak marah sgt bila kerajaan naikkan cukai . memang sekarang perlukan duit. semua benda perlukan duit. bila kena saman, takpayah lah nak cepat melenting. anggaplah yg tu adalah zakat. zakat wajib dikeluarkan. menahan diri daripada mengeluarkan zakat adalah berdosa.

mesti ada yg kata zakat perlu bayar pada amil, bukan pada kerajaan. ya mmg benar. tepat! x salah pun. cuba tgk mcm mna kerajaan cycle duit2 cukai/saman/etc tu. kalau ada yg pecah amanah tu dah dikira sebagai duit haram. buat apa nak marah? Allah kan ada. relax lah.. malaysia ada banyak kementerian. setiap kementerian ada tugas masing2 yg perlu dilaksanakan utk KEBAJIKAN rakyat. salah satu cabang akan pergi ke geran2 penyelidikan bagi MEMBANTU pelajar2 untuk meneruskan pengajian mereka. mereka yg sedang belajar ini dikira sebagai 'fi sabilillah' .. berjuang di jalan Allah. Subhanallah.. kita marah2 bila kena bayar saman. tapi kita xtau yg seringgit drpd duit kita tu dah diguna utk kebajikan seseorang. dalam sehari berapa ringgit kita sedekah? maybank akhirat kita mcm mna?..ASB? dividen bertambah?.. yg kita nmpk sedekah kita yg real. apa yg kita sedekah pada org2 miskin tu. tp jgn risau in shaa Allah duit saman kita pun akan jadi sedekah tanpa pengetahuan kita. Ya Allah.. pahala tu x terhingga.. Allah Maha Melihat dan Mengetahui. Allah tahu ke mana perginya duit kita. jom refleksi minda, mcm prof.muhaya selalu kata. think positif utk semua yg berlaku. ingt, kita wajib beriman pada qadak dan qadar.

fuhh! actually fira  bukannya nak ckp pasai aliran wang negara. fira nak ckp pasai rezeki yg berkat. ok2. back to the start. disebabkan elaun kami dibiayai oleh geran kerajaan, kami perlu gunakan duit tersebut ke arah jalan Allah. iaitu sumbangan kepada masyarakat. menolong byk pihak dgn penyelidikan kami, in shaa Allah. working time kami dr pkl 8.10pg - 5.10ptg. means that kami perlu kerja time tulah. jgn lmbt for no reason or pulang awal sbb duit kami tu utk 8 jam waktu kerja. less than that bukankah jatuh kepada haram?.. inilah yg Dr. Faizal ajar tentang keberkatan rezeki. no wonder dia mmg 'sharp'. Dr. Faizal kata biar kerja lebih, jgn kerja kurang. lebih kerja dpt pahala. kurang kerja jatuh kepada dosa dan haram. duit tu datang daripada duit rakyat, jadi adalah kewajipan kami utk melakukan research dgn bersungguh-sungguh. dlm erti kata lain kami turut tergolong dlm golongan 'fi sabilillah'. in shaa Allah..

Dr. Faizal ni sgt sgt teliti dgn harta benda. dia akan distinguish yg mana hak milik universiti dgn hak milik dia. mmg lah kita dapat beza. of course dpt beza. contohnya pen. pen mmg byk. yg dpt free, beli sendiri, pinjam dari kwn, or universiti yg belikan. benda ni before ni fira tak pernah nk fikir just guna je. kdg2 terbawak balik rumah. Dr. Faizal ni lain. dia xkan bawak balik ke rumah pen, kertas or apa2 saja yg mana dibelikan/diberkan oleh universiti. dia takut nnt anak2 or isteri dia guna. kat mana salahnya? salah ke nak guna? yg ni mesti ramai xtau. or x ambil tahu. mcm lah fira jugak.

pen yg universiti bagi tu hak milik universiti dan hanya perlu diguna oleh kakitangan sahaja. BUKANNYA keluarga kaitangan. betapa detailnya Dr. Faizal. even fira pun dia x bg guna. dia akan ambil pen dari kocek dia dan beri pada fira. serius tabik spring!!! this is really inspired fira. started on that day, fira teliti dgn keberkatan rezeki. apa yg bukan hak milik dan apa yg menjadi hak milik. fira always make sure 8 jam waktu kerja. ingat..ingat jgn biar less nanti jatuh kepada rezeki yg haram. make sure gaji2 yg kita dapat bersih. nanti duit tu lah nak bagi kat anak isteri, mak ayah apa semua. kalau duit yg haram, nanti keturunan pun x berapa nak elok. 



lagi 1 duit claim. pergi 2 hari tapi claim utk 4 hari. yg ni ramai dah tau kot. actually byk lagi yg Dr. Faizal cakap tentang keberkatan ni. cuma cukuplah utk entry kali ni. he is amazing. never introduce himself as a "Dr. Faizal" for strangers. just "I am Faizal from Universiti........". 

to Dr. Faizal.. i wish you all the best and semoga Allah membalas semua jasa baik dr selama menjadi supervisor saya. Amin..amin..


 
 






Tuesday, 17 September 2013

"mat rock"


In the name of Allah, the most gracious and most merciful.

Assalamu'alaikum wbt. salam sejahtera. Good day to everyone.. tgh2 dok study, tetiba teringat seorang hamba Allah ni. dia ni kerja kutip sampah. hari2 kecuali hari jumaat sbb kedah mmg cuti jumaat. kiranya dlm seminggu tu, 6 hari dia akan datang kutip sampah. fira tak tau siapa nama dia. tapi fira dgn mak bahasakan dia dengan panggilan "mat rock". sebab?? kami pun xtau nama dia. tapi kalau depan2 dia kami tak panggil la dengan nama "mat rock" tu.. hehe..

mat rock ni muda lg dlm 30-an mcm tu kot. area taman fira ada 2-3 org yg akan datang kutip sampah tp mat rock ni sgt dedikasi. ada perbezaan hasil kerja diorang ni. mat rock memnag kutip sampah tak tinggal sedikit pun. yg jatuh pun dia akan kutip. tak mcm dgn yg 2 org lagi tu. kadang2 mak membebel la jugak sbb dlm tong sampah tu still ada lg sampah.

fira pun xtau kehidupan mat rock ni mcm mana. rasanya kehidupan dia hanya cukup2 makan. dia dah kawen, ada anak 2 org. mak pernah tanya kat dia time dia mai kutip sampah. tapi mat rock ni sengau. bukan sikit2, tapi memang dia sengau. fira x cakap sgt dgn dia sbb susah nk faham, bukan sbb sombong ke apa. dia pernah tny fira "kotak ni nak lagi dak? kalau x mau dia nak ambik" . dia tanya yang tu saja, tapi disebabkan fira ni x faham dia cakap apa.. dia kena ulang 5-6 kali. kesian la pulak. last2 fira pegi panggil mak. kiranya sampai muka dia pun berubah malu la sebabnya fira x faham. time tu mmg fira kesian kat dia. bukannya nak hina dia sebab sengau. bukan.. bukan macam tu. fira x dpt nak pick up dia cakap apa. <maafkan saya mat rock>. 

satu hari, mak nak clearkan barang2 mainan adik yg dah rosak. settle semua, fira pergi letak belakang rumah mlm tu. esokkan mat rock nak mai kutip sampah. mat rock ni akan datang around 8.30 pg mcm tu. time dia mai pagi tu, fira takdak pergi kuliah. tinggal mak sorang2. mak tengah basuh pinggan time mat rock mai kutip sampah. bila dia tuang tong sampah ke dalam bekas sampah yg lebih besar, palstik mainan terbuka, mainan pun jatuh selerak. mak fira la yg cerita. mat rock tgk ada certain alat mainan yg still in good condition. so dia ambik simpan. dia letak dlm raga motor. nak bg kat anak dia la kot. xkan mat rock nak main pulak. ye dak?.. mak fira rasa kesian tgk moment tu. fira yg dgr pun rasa kesian.

pakaian adik2 fira yg mana masih elok mak akan sedekahkan dekat mat rock ni. anak dia pun kecik2 lagi. berapa tahun x ingt pulak. kesian tgk mat rock ni. kdg2 fira fikir, kerja mat rock lagi mulia dari org yg kerja kat pejabat duk dlm bilik air cond. memang kerja tu satu ibadat. tapi kalau jadi bos pun tiap2 hari duk maki hamun pekerja, nak buat apa. sampai pekerja rasa fedup nak p office. bos yg baik ke?? try tgk dari segi keberkatan rezeki. buat apa gaji tinggi kalau org benci. muka segak pun kalau org meluat tak guna jugak sebab perangai mcm firaun.

mat rock rupa dia kebanyakkan saja. berkulit gelap. bertambah gelap bila kerja mcm tu pulak. tapi bila org berbudi dengan kita, rupa paras tu dah tak penting. kadang2 fira kesian tgk mat rock kena tengking dgn jiran2 fira. tak boleh ke cakap baik2? bukan nya besar pun kesalahan dia. salah jiran fira jugak. dia yg parking kereta depan tong sampah. mana la mat rock nak nampak. ayat2 dia xpayah la nak dicerita. mmg horrible. time tu baru kita akan tau perangai jiran2 kita mcm mana. ada yg jenis tgk harta, level dlm masyarakat. selama ni baik je fira tengok, tapi x sangka dengan org yg kutip sampah dia jadi angkuh. sebab?? mat rock hanya pengutip sampah? subhanallah... Allah tak tengok semua tu. Allah hanya minta kita cari rezeki yang berkat. harta kekayaan x menjamin tiket ke syurga.

reaksi mat rock? dia langsung tak melawan. just tundukkan kepala dan cakap "oh maaf, saya x nampak" dengan loghat sengau.sedih fira tengok time tu. ni baru taman fira. x tau la ada berapa org lagi yg perangai mcm tu kat taman2 lain. mat rock x dak perasaan ke?? tepuk dada tanya sendiri. just imagine kita kat tempat dia. manusia.. manusia..

fira bersyukur sebab Allah utuskan dia dalam kalangan silaturrahim kami. dari situ, kami sekeluarga dapat belajar satu lagi cara2 beradab sesama manusia. mak selalu pesan kat adik2 jgn sombong dengan org. even dia susah mana pun, tak payah nak sombong. contoh yg mak selalu bagi mat rock lah. alhamdulillah adik2 pun selalu senyum kat dia. senyum lah, senyum tu senang. x susah mana pun. org tau kita x sombong bila kita senyum. in shaa Allah...

pernah 1 hari fira rasa nak sedekah nasi lemak kat mat rock ni. so pagi tu around 8.30 pg dia mai nak kutip sampah. fira pun keluar nak bagi nasik lemak. boleh la mkn time rehat. dia terima dengan senyuman. yg fira rasa sebak bila masa dia ucapkan ayat ni "Allah saja yg dapat balas budi baik adik sekeluarga" . huhu mmg sebak dgr dia ckp mcm tu. Allah memang perancang yang Maha Hebat. dalam minggu tu, byk rezeki yg Allah turunkan. 1) fira dpt tawaran sambung belajar lagi.  2) abah naik pangkat. 3) adik dpt result cemerlang. 4) doktor kurangkan pengambilan ubat-ubatan mak. alhamdulillah kesihatan mak semakin baik. berkat bersedekah nasik lemak berlauk rm4.00 saja. tapi balasan Allah, masya-Allah. sangat tak ternilai.

jangan pandang serong dengan org yg bawah dari kita. dlm rezeki kita, terdapat sebahagian rezeki yang perlu disedekahkan pada mereka yg meminta dan tidak meminta. janji Allah pada mereka yang bersedekah memang lumayan. memang xdpt nak dilihat dgn mata kasar. tapi hati boleh rasa kelapangan dada dlm menjalani kehidupan sbg hamba Allah. 

wallahu'alam

p/s: maybe suatu hari nnt fira akan tanya nama dia yg betul. 




Syurga seorang Ibu


In the name of Allah, the most gracious and most merciful. 

Assalamu'alaikum wbt.. good day to everyone :)

malam ni before tidoq, fira teringat mak. org lain myb ada yg call mama, mummy, ibu, umi, etc. tapi semuanya merujuk kpd wanita yg sama. ibu yg mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. in shaa Allah.. pernah terfikir tak hidup tanpa seorang ibu di dunia ni. minta maaf jika ada pembaca2 sekalian yg telah kehilangan seorang ibu. Al-fatihah. pesan fira, please... jangan tinggal solat. sekali kita tinggal solat, malaikat akan bawa batu dari neraka dan dilayurkan dimuka ibu/ayah. dan malaikat berkata "hadiah anak mu ketika zohor tadi". contoh kita tinggalkan solat zohor. 

apapun kat sini benda yang fira nak kongsi tentang seorang mak. mak fira sendiri. fira tinggal dengan mak ayah. tapi ayah kerja di terengganu so totally hal2 rumah memang di atas bahu mak. fira just assistant. mak bangun pagi, kejutkan adik ke sekolah. sediakan sarapan. then around 6.30 am mak solat subuh sementara adik2 bersarapan. then hantar adik ke sekolah, pergi market, then balik rumah. settle hal2 rumah mcm vakum, mop apa semua.. mak masak pulak. after that, pkl 1.20 ptg pergi jemput adik dari sekolah. 

sampai rumah, mak sediakan lunch utk adik sebelum diorang pergi KAFA. around pkl 2.30 pm mak keluar pula hantar adik ke kelas KAFA. dia balik pkl 5.45 ptg tapi yg ni utk adik fira yg darjah 2. yg darjah 6 lain pulak cerita dia. sebelum nak jemput adik yg darjah 2 tu dari sekolah, mak sediakan bekal lunch utk dia makan dulu sebelum ke kelas tambahan pkl 2 ptg di sekolah. dia balik sekolah pkl 4.30 ptg. mak jemput jugak dia dari sekolah.

tidur mak time petang mmg terhad. mak just tidur2 ayam sambil standby nak jemput adik2 pulang dari program masing2. malam pun sama. adik2 nak pergi mengaji al-quran pulak. bekalan akhirat in shaa Allah. tapi mak tak pernah merungut letih sbb kena buat itu ini. dia kata takpa penat asalkan anak2 dia berjaya dunia akhirat. mak selalu kata tugas dia sebagai seorang mak, buat apa nak sangkal. 

itu tugas mak sebagai mak kepada kami adik beradik. tugas dia sebagai anak kepada mak ayah dia?? tiap2 hari mak ulang alik ke rumah tokwan 2x sehari untuk suntik insulin pada wan (datuk). tokwan mengidap kencing manis dan perlukan suntikan insulin. tp dia takut nak suntik, so mak yg jadi nurse. mak yg sediakan ubat utk wan makan sbb wan mmg totally tak ambil tahu tentang ubat2. is it a burden? for me it is yes. but for her, it is no.

abah pun faham dah aktiviti2 seharian mak. driver, chef, cleaner, nurse, teacher semua kerja mak boleh buat. semua mak mampu buat. abah sendiri tak pernah marah mak. apatah lagi herdik mak. abah selalu cakap lembut dgn mak. abah tak pernah tunjuk romantik dgn mak, tapi abah selalu beralah dgn mak. abah selalu give and give dgn mak. tak pernah give and take. kami adik beradik?? memang selalu take and take saja. abah sgt manjakan kami. apa yg kami adik beradik mintak semua abah bagi. kami pun bukannya mintak yg bukan2. tapi mak tak suka. mak kata "jgn spoil anak2. kena ajar susah". tp kadang2 abah beli jugak apa yg kami nak. mak tak kisah pun selagi tak ganggu pelajaran.

byk benda yg mak lakukan smpi fira sendiri rasa x mampu. mak mmg ironwoman. superwoman. from my point of view, mak dah jalankan tugas sbg mak, isteri dan anak dgn baik. semoga syurga balasan mak nanti. Amin... 

redha Allah terletak pada redha ibu (utk yg bujang). hargailah mak dan berjasalah kpd ibu dan ayah. Syurga Allah dibwah telapak kaki seorang ibu. Masya-Allah betapa mulianya seorang ibu disisi Allah. Oh Allah please forgive the sins i have done to my mother. 


Don't worry, you have me.


In the name of Allah, the most gracious and most merciful. 


Assalamu'alaikum wbt.. hi for those read this post.. after graduate, the most thing i missed is my dear friends. My BFF. I always think what they are doing right now? and etc. a lot of things pop out from my mind. I have 4 BFF.

3 are from my campus life and 1 from secondary school. oh how i miss them a lot. ya! memang sangat rindukan mereka. syahirah izzati, hasanah, amira dan hanie. kawan time senang memang senang jumpa. tapi kawan time susah, memang payah. but, dont worry, you have me. semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat. Amin..amin..


bila kita dengan kawan baik kita, kita mmg naturally jadi diri kita. itulah yg best. we are always be original. takdak benda nak sembunyi, speak out loud. gelak entah apa2. cakap nonsense yg kita saja faham. people may look weird, but hello?? they dont know what we are laughing about.

syahirah and me :)

 amira, hasanah and syahirah :)


hasnah and syahirah :)

last but not least, my sweet hanie :)

I love you guys, so much. muchy muchy much :)



Humanity is essential!


In the name of Allah, the most gracious and most merciful. 


Sedekah. or in english they call it "gift". Tak perlukan wang bagi yang kurang mampu. Allah swt tak mewajibkan wang ataupun harta kekayaan seseorang untuk sedekah. Cuma hanya mengikut kemampuan masing2. Subhanallah, baiknya Allah terhadap umat-Nya. Even untuk golongan fakir sekalipun, melayani si isteri sudah dikira sebagai sedekah. Cukup mudah peraturan yang Allah tetapkan. 

Pernah dgr senyum itu sedekah? fira rasa semua tahu. Itulah sedekah yang paling senang. Teramat sgtlah senang. Tapi ada jugak yg x nak senyum. Sombong ke? Allah sendiri x pernah sombong dgn kita. Kenapa kita perlu sombong ?...

Sedekah memanjangkan umur. Sedekah jugak mampu menolak bala. Semua benda ni ada bukti dan diceritakan oleh alim ulama'. MasyaAllah, memang tak terjangkau dgn akal fikiran kita rezeki yg Allah turunkan sbb kita bersedekah. Balasan Allah terlalu besar. Oh Allah..

Apa yg fira nak share adalah tentang humanity. Bila sentuh bab humanity clearly is "giving". Dalam agama kita memang berkait rapat dengan sedekah. 1 yang kita berikan, 10 yang Allah balas semula. Balasan Allah dikurniakan dlm pelbagai bentuk. Tak semestinya wang ringgit. Kelapangan dada salah satu balasan Allah. Straight to the, what you give.. you get back.

Please have a time to watch this clip. It really touch my heart deep inside. Pls click the link attached. https://www.facebook.com/photo.php?v=689321184430451 

May Allah grant us the reward of Islam. Amin...